Sumbangan Jabatan Perhutanan Sabah & KTS Plantation Sdn Bhd
BANYAK yang tidak diketahui tentang Kawasan Pemuliharaan Sungai Rawog di bahagian tengah Sabah.
Ia merupakan salah satu koridor hidupan liar terbesar dalam rizab hutan pengeluaran aktif di negeri Sabah.
Dengan kawasan yang merangkumi 3,118 hektar dan sepanjang 23.
4 kilometer, ia bertindak sebagai sebuah koridor hidupan liar aktif yang menghubungkan Rizab Hutan Deramakot dengan ladang kelapa sawit bersebelahan terutamanya bagi spesies induk penting di Sabah.
Terletak dalam Rizab Hutan Segaliud Lokan (SLFR), ia merupakan sebahagian daripada kawasan pemuliharaan keseluruhan seluas 6,447 hektar atau 11 peratus daripada kawasan hutan keseluruhan seluas 57,247 hektar.
Rizab itu juga dikenali sebagai Unit Pengurusan Hutan No.
19(B), dan diurus oleh KTS Plantation Sdn Bhd sejak 1993 di bawah Perjanjian Lesen dengan tempoh selama 96 tahun.
Untuk rekod, KTS Plantation Sdn Bhd merupakan syarikat swasta pertama di Malaysia dari industri hutan yang disahkan dengan MS ISO 14001 bagi pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar dan MC&I (Hutan Asli) bagi pensijilan Pengurusan Hutan yang masingmasing diperolehi pada 2005 dan 2009.
Walaupun ia bertindak sebagai fungsi penting bagi inisiatif pemuliharaan dalam SLFR, tidak banyak yang diketahui tentang kepelbagaian bio di Sungai Rawop sejak 1993.
Maka, KTS Plantation mengambil inisiatif untuk sama-sama menganjurkan satu ekspedisi saintifi k bersama Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) bagi menerokai fl ora dan fauna Sungai Rawog dari 8 hingga 18 Ogos 2018.
Kira-kira 160 peserta (dalam dua kumpulan) terlibat, dengan penyertaan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), Sabah Parks (SP) dan WWF-Malaysia.
Pada malam pertama di kem, Pengurus Kawasan Sabah (Perhutanan) KTS Plantation Collin Goh, mengalu-alukan peserta yang menyertai ekspedisi saintifi k itu.
Sekurang-kurangnya 31 kumpulan penyelidik daripada pelbagai disiplin mengendalikan tinjauan mereka dalam ekspedisi selama 11 hari itu.
Dr Reuben Nilus, Mohd Aminur Faiz dan pasukan ekologi mereka dari SFD mengkaji struktur hutan dan komposisi kawasan pemuliharaan.
Tumbuh-tumbuhan klimaks merangkumi dua ekosistem hutan, iaitu hutan dipterokarpa campuran tanah rendah, dan hutan dipterokarpa campuran bersama kerangas tanah rendah.
Hutan dipterokarpa campuran bersama kerangas tanah rendah adalah kaya dengan pokok kapur (Dryobalanops spp.) Kawasan ini mengandungi ekosistem hutan yang signifi kan dan oleh itu, usaha pemantauan jangka panjang ke atas dinamik hutannya amat disyorkan.
Sebanyak 11 petak sampel kekal diwujudkan untuk memantau status kawasan tersebut.
Esther Dyi menjalankan penilaian tanah sewaktu ekspedisi itu.
Hasil awal menunjukkan dua jenis julat warna tanah daripada coklat yang sangat gelap hingga kepada putih (menandakan hutan sihat) dan coklat kemerahan hingga kepada merah kekuningan (hutan dipterokarpa campuran tanah rendah).
Julat tekstur tanah adalah daripada pasir hingga kepada tanah liat gembur yang berpasir.
Tinjauan kepelbagaian tumbuhan dan koleksi botani dijalankan oleh John Sugau dan pasukannya dari Sandakan Herbarium.
Suzana Sabran mengkaji tumbuhan hiasan manakala Andi Maryani ke atas pakupakis, Richard Majapun ke atas dipterokarpa, Alviana Damit ke atas periuk kera dan Doris Seligin ke atas tumbuhan ubatan.
Kira-kira 40 spesies dipterokarpa direkodkan, dengan dua yang hanya dapat dijumpai di Sabah iaitu Shorea symingtonii dan S.waltonii.
Dua spesies periuk kera kelihatan, iaitu Nepenthes ampullaria dan N.mirabilis, dengan satu hibrid, N.x kuchingensis (antara N.ampullaria dan N
mirabilis).
Penyelidik dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (ITBC) UMS diketuai Profesor Madya Monica Suleiman yang mengkaji lumut dalam kawasan pemuliharaan itu.
Dr Kartini Saibeh dari Fakulti Pertanian Lestari (FSA) UMS menjalankan penyelidikan ke atas Araceae yang merupakan keluarga ubi keladi.
Satu spesies Araceae yang tidak diterangkan dari genus Homalomena telah direkodkan.
Penyelidik tumbuhan dari SP diketuai Rimi Repin, dan mereka mengkaji Begonia dan tumbuhan hiper-akumulator nikel.
Rimi merekodkan tiga spesies Begonia, dan dua daripadanya tidak dapat ditentukan.
Dr Miyabi Nakabayashi dari Universiti Ryukyus, Jepun, dalam kolaboratif dengan SFD, menyelidiki pokok ara, yang merupakan sumber makanan bagi haiwan yang memakan buahbuahan.
Dari Fakulti Sains dan Sumber Asli (FSSA) UMS Dr Mohd Sani Sarjadi dan pasukannya mengkaji mineralogi.
Profesor Madya Mahmud Sudin (FSSA) mengkaji kepelbagaian cendawan dalam kawasan itu.
Peserta lain yang meninjau kulat adalah Viviannye Paul (SFD) dan pelajar Dr Jaya Seelan (ITBC, UMS).
Dr Walter Lintangah (FSSA) menerokai kepelbagaian halia.
Jabatan Hidupan Liar Sabah diwakili Hussien Muin, dan pasukannya meninjau mamalia, reptilia dan burung.
Kawasan Pemuliharaan Sungai Rawog diketahui mempunyai banyak orang utan dan gajah pigmi Borneo, dan sungai itu sendiri dihuni buaya.
Dr Henry Bernard, Dr Jephte Sompud dan pasukan mereka dari UMS serta Elyrice Alim dari WWFMalaysia dan Mohd Aminur Faiz (SFD) turut mengkaji hidupan liar.
Antara mamalia lain yang kelihatan ialah ungka, monyet ‘grey-leaf’, babi hutan, rusa Sambar, beruang tembadau, harimau akar (clouded leopard) dan tenggiling Sunda.
Alim Biun (SP) dan Hubert Petol (SFD) meninjau avifauna.
Kesemua lapan spesies burung kenyalang yang dijumpai di Borneo kelihatan dalam ekspedisi ini.
Kehadiran burung kuang bayas Argus yang hebat turut direkodkan.
Paul Imbun (SP) dan Pg. Sahlan (SFD) menjalankan tinjauan ke atas katak dan kodok.
Sekurang-kurangnya 18 spesies direkodkan, dengan tujuh daripadanya hanya dijumpai di Borneo.
Profesor Madya Abdul Hamid (ITBC, UMS) dan Nur Syafi qah S.
Kamal (SFD) menjalankan kajian ke atas ikan Sungai Rawog manakala Hairul Hafi z (ITBC, UMS) mengambil sampel parasit ikan dan kelawar.
Pelajar Azniza Mahyudin (ITBC, UMS) menjalankan tinjauan ke atas kelawar dan ektoparasit mereka.
Dr Liew Thor Seng (ITBC, UMS) meninjau siput darat.
Dr Arthur Chung, Razy Japir dan pasukan Entomologi SFD meninjau fauna serangga termasuk kupukupu, rama-rama, kumbang dan pepatung.
Kepelbagaian serangga waktu malam seperti yang dinilai menerusi perangkap cahaya adalah sangat tinggi, dengan lebih 100 spesies yang dikira dalam satu meter persegi kain perangkap cahaya.
Bagi pepatung dan belalang jarum (damselfl ies), lebih 30 spesies direkodkan dalam masa tiga hari sampel dikumpul.
Sekurang-kurangnya sembilan spesies serangga yang hanya dapat dijumpai di Borneo direkodkan dan kupu-kupu kebangsaan Malaysia yang ikonik, Rajah Brooke’s Birdwing, kelihatan di kawasan Sungai Rawog.
Dr Homathevi Rahman dan Dr Bakhtiar E.
Yahya, kedua-duanya dari ITBC, UMS, masing-masing meneliti anai-anai dan semut.
Selain pemuliharaan, pelancongan alam semula jadi merupakan satu lagi aspek yang diberi penekanan dalam ekspedisi ini.
Jarry Lajanga (SFD), Dr Andy Russel Mojiol dan Dr Rosmalina (kedua-duanya dari UMS) meninjau produk dan tapak berpotensi untuk pelancongan alam semula jadi.
Taman semula jadi periuk kera berbentuk tabung air yang dijumpai di dalam salah satu tapak hutan yang sihat ternyata menakjubkan.
Kewujudan jenut garam (salt licks) dalam kawasan itu boleh digunakan untuk menggalakkan kegiatan memerhati hidupan liar.
Secara kolektif, penyelidik telah menerokai ‘perkara tidak diketahui’ dalam Kawasan Pemuliharaan Sungai Rawog.
Perkara tidak diketahui yang diketengahkan di sini hanyalah segelintir daripada khazanah kepelbagaian bio.
Penyelidikan masih dijalankan dalam usaha mengenal pasti spesimen dan mengkaji data.
Semua penemuan saintifi k akan dibentangkan dalam satu seminar yang akan diadakan tiga bulan selepas ekspedisi ini.
Maka itu, ikutilah perkembangan yang lebih mengujakan!.